Kelas Canva Individu
15 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas canva individu kepada seorang peserta. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi Canva dalam membuat logo. Peserta diberi tugasan untuk mereka bentuk logo grafik mengikut kreativiti sendiri. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan beberapa grafik bersesuaian dari Google Images semasa menyiapkan tugasan. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: